
APC Bangi Avenue (Tadika Permata Zara) Claimed
Gallery
Business Details
Prasekolah Al-Quran pilihan iba bapa muslim masa kini di Bangi Avenue dan sekitarnya. Mengutamakan Pendidikan Al-Quran dan Hafazan disamping Mempelajari Akademik yang menepati Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Apa itu Al Baghdadi Playtime Centre?
Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan sebuah program prasekolah berasaskan Al-Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa. APC menerapkan 50% pembelajaran Al Quran dalam sesi pembelajaran APC dihasilkan berteraskan 2 program utama Al-Baghdadi iaitu Teknik Al-Baghdadi (Asas Bacaan Al-Quran) dan NADI Al-Baghdadi ( Hafazan Al-Quran Al-Baghdadi) Yang memenuhi 50% pembelajaran di APC. APC juga menerapkan pembelajaran Akademik seperti Teras BAHASA, Teras Kognitif dan Teras Akhlak yang menepati Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Latar Belakang Pra Sekolah APC
Pendidikan prasekola Al-Quran dan Pra Tahfiz Nadi Al-Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi Al-Quran yang mampu mempelajari Al-Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan MEMBACA, MENGHAFAZ dan MEMAHAMI ayat Al-Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan. Teknik Al-Baghdadi telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records serta terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2013.
Kata-Kata Aluan Pengusaha / Pengerusi APC Bangi Avenue
Assalamualaikum wbt. Maha Suci Allah SWT yang menciptakan anak-anak yang mempunyai sifat yang ingin tahu dan ingin bermain. Saya Mohd Yazit Idham bin Mohd Jais tersangatlah gembira sekali kerana anda memilih untuk singgah di laman web kami ini. APC Bangi Avenue adalah salah sebuah Tadika Al-Quran Al Baghdadi Playtime Centre yang telah berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas nama Tadika Permata Zara bermula pada tahun 2016. Tadika kami beroperasi di No. 16-1 & 16-2, Jalan Bangi Avenue 1/8, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor. Kami mempunyai 5 orang Staff dan guru-guru yang terlatih bagi membentuk anak-anak anda menjadi seorang anak yang berakhlak mulia berteraskan tunjang Al-Quran yang kami tekankan di dalam tadika ini. Alhamdulillah feedback yang diberi kepada Tadika kami ini sangat positif dan ramai ibu-bapa berpuas hati menghantar anak mereka di tadika kami.
Apa yang anak akan rasai di APC?
1. Anak APC Akan Seronok Belajar
APC menekankan proses pembelajaran seronok dengan pendekatan bermain sambil belajar secara berkumpulan.
2. Anak APC Akan Capai Fokus Yang Tinggi
Proses pembelajaran dengan guna betul-betul otak kiri dan otak kanan seperti Alat ketuk, membantu pelajar memberi tumpuan untuk jangka masa yang lama.
3. Anak APC akan Berpotensi Jadi GENIUS
Penggunaan otak kanan dan otak kiri digabung jalinkan dalam pembelajaran di APC. Sesi pembelajaran memaksimumkan kedua-dua dan kajian menunjukkan ia berpotensi melahirkan ciri2 genius anak.
4. Anak APC Belajar Modul Pembelajaran Lengkap
Modul Pembelajaran yang lengkap termasuk Al Quran, keperluan Bahasa, Kognitif dan Akhlak yang penting untuk pembangunan awal anak-anak sebelum ke sekolah.
Apa yang anak akan belajar di APC?
7 Tunjang yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan akan diterapkan di dalam APC disamping pelaksanaan Modul Al Quran yang telah disusun oleh Al Baghdadi.
1. Pandai Baca & Hafal Al Quran
Fokus kepada pembelajaran asas Al Quran dan Hafazan dengan memanfaatkan 2 kaedah utama iaitu Teknik Al Baghdadi dan Nadi Al Baghdadi.
2. Pandai Baca Bahasa Melayu, English, Jawi & Bahasa Arab
Fokus kepada Bahasa kerana ia menjadi keutamaan dalam pembangunan anak-anak dan ia merangkumi Jom Baca Rumi, Jom Baca Jawi, Let’s Read dan Hayya Naqra.
3. Pandai Kira, Bijak Sains dan jadi kreatif!
Teras kognitif meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anak-anak APC. Pengukuhan ayat-ayat Al Quran melalui subjek Jom Kaji, Jom Kira dan Jom kreatif mengaktifkan keupayaan otak kanan dan kiri mereka.
4. Anak terbentuk menjadi soleh solehah.
Teras Akhlak merangkumi Jom Amal, Jom Iman dan Jom Ibadah iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bakal mengisi rohani anak-anak APC dengan iman yang menjadi benteng akidah mereka.
CONTOH-CONTOH BUKU DIGITAL
Klik Untuk Buku Digital 4 Tahun
Klik Untuk Buku Digital 5 Tahun
Klik Untuk Buku Digital 6 Tahun
Nikmati PROMOSI REBAT & DISKAUN Untuk Pendaftaran Sesi 2022.......
Sebarang Info Lanjut Sila Klik Link di Bawah :
- Type:
- Al Baghdadi Centre
- Establishment year:
- 2016
- Employees:
- 6
- Keywords:
- Attachments:
Map Location
Price List

Team
BUSINESS REVIEWS
-
Ищете подходящую недвижимостьЕсли есть дорогая покупка, свидетельсвующая о превратно понимаемом снобизме, то это автомобиль. Автомобили падают в цене. Стоимость домов растет. (Харви Маккей) Узнайте из этих статей, которые мы подобрали: [url=https://www.panram.ru/partners/news/priobretaem-uchastok-pod-zastroyku/]читайте тут[/url] здесь| UxcnX@
-
доставка грузов из китая стоимостьтаможенное оформление рф
-
lte proxy[url=https://proxyspace.seo-hunter.com/mobile-proxies]динамические мобильные прокси инфо[/url]
-
Монтаж напольных покрытийПрофессиональный монтаж напольных покрытий.Обращайтесь всегда рады вам помочь. Мы делаем следующие работы Монтаж напольного плинтуса из массива Монтаж напольного плинтуса МДФ Монтаж напольного плинтуса дюрополимер Монтаж напольного плинтуса ПВХ Монтаж напольного плинтуса ЛДФ Монтаж потолочного плинтуса. Монтаж напольного плинтуса из металла и т.д кроме камня. Покраска плинтуса. Монтаж напольных покрытий Монтаж паркетной доски на подложку. Монтаж ламината. Монтаж винилового ламината Монтаж инжинерной доски Монтаж моссивной доски (с готовым покрытием) Монтаж фанеры. Монтаж галтелий и наличников. По другим работам уточняйте! гарантия на все виды работ. Напилим.про
-
AkmalAlhamdullilah Satu tempt yg selesa Tenaga pengajar yg semangat dan optimis dalam memdidik terutamanya dalam kalam allah Terus dan terus maju dalam mendidik anak anak Terima kasih atas didikan yg diberikan
-
Dalila HassanAlhamdulillah…adra adalah anak kedua yang saya daftarkan di APC. Dengan berkembangan yang baik untuk anak pertam, saya rasa ni tadika pilihan yang terbaik untuk sy pilih. Kerana salah satu nya APC menerapkan 50% pembelajaran berasaskan al quran, hafazan, solat dll. Banyak surah2 lazim yang anak2 dah hafal. Tambahan surah al kahfi ayat 1-10 juga adalah surah wajib utk dihafal. Dalam subjek asas juga APC juga beri penekanan yang sgt baik. Suasana persekitaran sekolah dan cikgu pun terbaik. Keseluruhan, APC adalah tadika yang terbaik untuk anak2 belajar untuk mendapat pendidikan awal. Tabarakallah. “Dana Adra 5 Tahun”
-
NaziahAnak saya mula sertai APC cawangan Bangi Avenue pada tahun 2020 diusia 4 tahun. Saya dapat lihat pencapaian yang positif dlm pelajaran especially hafazan ayat2 suci al quran. Anak saya boleh hafaz ayat 1 hingga 10 surah al kahfi dengan baik dalam tempoh hanya beberapa bulan di APC. Teknik hafazan yang digunakan sgt2 effective. Anak saya juga boleh kuasai bacaan dalam solat dengan baik. Well done to the team. Saya sangat recommend APC untuk pre school anak2.
-
Anuar2 org anak saya belajar disini, proses pembelajaran yang amat baik...saya amat berpuas hati....
-
PUAN DIANAModul APC sangat bagus. Bacaan hafazan anak kami sering kedengaran bagai sudah menjadi hiburan kami sekeluarga. Kami juga menjadi endah tentang apa yang dibacanya. Harap itu peringatan dan mudah diingati. Semoga APC terus menjadi pemangkin dalam melahirkan generasi genius Al Quran dan huffaz yang cemerlang dunia dan akhirat
APC Bangi Avenue (Tadika Permata Zara)
Prasekolah Al-Quran pilihan iba bapa muslim masa kini di Bangi Avenue dan sekitarnya. Mengutamakan Pendidikan Al-Quran dan Hafazan disamping Mempelajari Akademik yang menepati Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).