APC Bandar Puncak Utama
ClaimedBusiness Details
Melahirkan Generasi Genius Al-Quran
Apa itu Al Baghdadi Playtime Centre?
Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan sebuah program prasekolah berasaskan Al-Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa. APC menerapkan 50% pembelajaran Al Quran dalam sesi pembelajaran APC dihasilkan berteraskan 2 program utama Al-Baghdadi iaitu Teknik Al-Baghdadi (Asas Bacaan Al-Quran) dan NADI Al-Baghdadi ( Hafazan Al-Quran Al-Baghdadi) Yang memenuhi 50% pembelajaran di APC. APC juga menerapkan pembelajaran Akademik seperti Teras BAHASA, Teras Kognitif dan Teras Akhlak yang menepati Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Latar Belakang Pra Sekolah APC
Pendidikan prasekolah Al-Quran dan Pra Tahfiz Nadi Al-Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi Al-Quran yang mampu mempelajari Al-Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan MEMBACA, MENGHAFAZ dan MEMAHAMI ayat Al-Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan. Teknik Al-Baghdadi telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records serta terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2013.
Apa yang anak akan rasai di APC?
1. Anak APC Akan Seronok Belajar
APC menekankan proses pembelajaran seronok dengan pendekatan bermain sambil belajar secara berkumpulan.
2. Anak APC Akan Capai Fokus Yang Tinggi
Proses pembelajaran dengan guna betul-betul otak kiri dan otak kanan seperti Alat ketuk, membantu pelajar memberi tumpuan untuk jangka masa yang lama.
3. Anak APC akan Berpotensi Jadi GENIUS
Penggunaan otak kanan dan otak kiri digabung jalinkan dalam pembelajaran di APC. Sesi pembelajaran memaksimumkan kedua-dua dan kajian menunjukkan ia berpotensi melahirkan ciri2 genius anak.
4. Anak APC Belajar Modul Pembelajaran Lengkap
Modul Pembelajaran yang lengkap termasuk Al Quran, keperluan Bahasa, Kognitif dan Akhlak yang penting untuk pembangunan awal anak-anak sebelum ke sekolah.
Apa yang anak akan belajar di APC?
7 Tunjang yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan akan diterapkan di dalam APC disamping pelaksanaan Modul Al Quran yang telah disusun oleh Al Baghdadi.
1. Pandai Baca & Hafal Al Quran
Fokus kepada pembelajaran asas Al Quran dan Hafazan dengan memanfaatkan 2 kaedah utama iaitu Teknik Al Baghdadi dan Nadi Al Baghdadi.
2. Pandai Baca Bahasa Melayu, English, Jawi & Bahasa Arab
Fokus kepada Bahasa kerana ia menjadi keutamaan dalam pembangunan anak-anak dan ia merangkumi Jom Baca Rumi, Jom Baca Jawi, Let’s Read dan Hayya Naqra.
3. Pandai Kira, Bijak Sains dan jadi kreatif!
Teras kognitif meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anak-anak APC. Pengukuhan ayat-ayat Al Quran melalui subjek Jom Kaji, Jom Kira dan Jom kreatif mengaktifkan keupayaan otak kanan dan kiri mereka.
4. Anak terbentuk menjadi soleh solehah.
Teras Akhlak merangkumi Jom Amal, Jom Iman dan Jom Ibadah iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bakal mengisi rohani anak-anak APC dengan iman yang menjadi benteng akidah mereka.
Klik Untuk Buku Digital 4 Tahun
- Categories:
- APC
- Type:
- Al Baghdadi Centre
- Establishment year:
- 2016
- Employees:
- 4
- Keywords:
- Attachments:
Contact Persons
Map Location
BUSINESS REVIEWS
There are no reviews at the moment
APC Bandar Puncak Utama
Melahirkan Generasi Genius Al-Quran