APC NUSA IDAMAN
ClaimedBusiness Details
KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI GENIUS QURAN
Apa itu Al Baghdadi Playtime Centre?
Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan sebuah program prasekolah berasaskan Al-Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa. APC menerapkan 50% pembelajaran Al Quran dalam sesi pembelajaran APC dihasilkan berteraskan 2 program utama Al-Baghdadi iaitu Teknik Al-Baghdadi (Asas Bacaan Al-Quran) dan NADI Al-Baghdadi ( Hafazan Al-Quran Al-Baghdadi) Yang memenuhi 50% pembelajaran di APC. APC juga menerapkan pembelajaran Akademik seperti Teras BAHASA, Teras Kognitif dan Teras Akhlak yang menepati Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Latar Belakang Pra Sekolah APC
Pendidikan prasekola Al-Quran dan Pra Tahfiz Nadi Al-Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi Al-Quran yang mampu mempelajari Al-Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan MEMBACA, MENGHAFAZ dan MEMAHAMI ayat Al-Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan. Teknik Al-Baghdadi telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records serta terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2013.
Latar Belakang Pra Sekolah APC NUSA IDAMAN
Albaghdadi Playtime Centre (APC) NUSA IDAMAN terletak di Iskandar Puteri, Nusajaya yang juga merupakan cawangan kepada Apc Mutiara Rini. Sebuah tadika islam yang menekankan 50% pembelajaran Al quran & 50% akademik biasa. Memulakan operasi pada 2018 dengan murid seramai 51 orang & 5 orang guru. Pada 2019 bilangan murid meningkat kepada 73 orang murid & 6 orang guru. Peningkatan pada setiap tahun adalah disebabkan faktor kualiti murid yang dihasilkan memenuhi kehendak para ibu bapa yang menghantar.
Kata-Kata Aluan Pengusaha/Guru Besar Pra-Sekolah
Assalamualaikum wbt. Maha Suci Allah SWT yang menciptakan anak-anak yang mempunyai sifat yang ingin tahu dan ingin bermain. Saya Puan Rosila binti Rahman tersangatlah gembira sekali kerana anda memilih untuk singgah di laman web kami ini. Kami di APC NUSA IDAMAN adalah salah sebuah Tadika Al-Quran Al Baghdadi Playtime Centre yang telah beroperasi di NO. 56A & 56B, JALAN SUSUR IDAMAN, TAMAN NUSA IDAMAN, 79200 ISKANDAR PUTRI. Kami mempunyai 1 orang Staff dan guru-guru yang terlatih bagi membentuk anak-anak anda menjadi seorang anak yang berakhlak mulia berteraskan tunjang Al-Quran yang kami tekankan didalam tadika ini. Alhamdulillah feedback yang diberi kepada Tadika kami ini sangat positif dan ramai ibu-bapa berpuas hati menghantar anak mereka di tadika kami.
Apa yang anak akan rasai di APC?
1. Anak APC Akan Seronok Belajar
APC menekankan proses pembelajaran seronok dengan pendekatan bermain sambil belajar secara berkumpulan.
2. Anak APC Akan Capai Fokus Yang Tinggi
Proses pembelajaran dengan guna betul-betul otak kiri dan otak kanan seperti Alat ketuk, membantu pelajar memberi tumpuan untuk jangka masa yang lama.
3. Anak APC akan Berpotensi Jadi GENIUS
Penggunaan otak kanan dan otak kiri digabung jalinkan dalam pembelajaran di APC. Sesi pembelajaran memaksimumkan kedua-dua dan kajian menunjukkan ia berpotensi melahirkan ciri2 genius anak.
4. Anak APC Belajar Modul Pembelajaran Lengkap
Modul Pembelajaran yang lengkap termasuk Al Quran, keperluan Bahasa, Kognitif dan Akhlak yang penting untuk pembangunan awal anak-anak sebelum ke sekolah.
Apa yang anak akan belajar di APC?
7 Tunjang yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan akan diterapkan di dalam APC disamping pelaksanaan Modul Al Quran yang telah disusun oleh Al Baghdadi.
1. Pandai Baca & Hafal Al Quran
Fokus kepada pembelajaran asas Al Quran dan Hafazan dengan memanfaatkan 2 kaedah utama iaitu Teknik Al Baghdadi dan Nadi Al Baghdadi.
2. Pandai Baca Bahasa Melayu, English, Jawi & Bahasa Arab
Fokus kepada Bahasa kerana ia menjadi keutamaan dalam pembangunan anak-anak dan ia merangkumi Jom Baca Rumi, Jom Baca Jawi, Let’s Read dan Hayya Naqra.
3. Pandai Kira, Bijak Sains dan jadi kreatif!
Teras kognitif meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anak-anak APC. Pengukuhan ayat-ayat Al Quran melalui subjek Jom Kaji, Jom Kira dan Jom kreatif mengaktifkan keupayaan otak kanan dan kiri mereka.
4. Anak terbentuk menjadi soleh solehah.
Teras Akhlak merangkumi Jom Amal, Jom Iman dan Jom Ibadah iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bakal mengisi rohani anak-anak APC dengan iman yang menjadi benteng akidah mereka.
- Categories:
- APC
- Type:
- Al Baghdadi Centre
- Establishment year:
- 2018
- Employees:
- 5
- Keywords:
- EXTRA INFO
Keistimewaan APC Kami
LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN APC KAMI
- Menepati Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan
- 50% waktu untuk pembelajaran Al Quran dan Hafazan
- Aktiviti Ko-Kurikulum seperti sukan, lawatan
- Guru berpengalaman dan bertauliah
- Pembelajaran secara PdPR turut disediakan
- Dibekalkan bahan Flipbook Modul APC
- Lokasi premis yang kondusif dan selesa, jauh dari bunyi bising
- Dilengkapi CCTV untuk pemantauan
- Sistem Qr Junior untuk menggalakkan kanak-kanak melakukan kebaikan
- Terdapat ruang Indoor Game bagi kanak-kanak bermain
- Makanan dan berkhasiat dan bergizi untuk pertumbuhan anak
- Kelas berhawa dingin
- Berdekatan dengan kedai runcit/kedai serbaneka
- Sokongan Buku Elektronik Flipbook
- Sokongan E-Quiz untuk membangunkan kecerdasan minda
Contact Persons
Map Location
Testimonials
alhamdulillah...ank sy msk apc pd usia 5thn, dh pndai mengaji dan mhafal bbrp surah. pd thn yg sama jg tlh khatam al-quran. syukur...
Puan
/ Haslika YuhanisTerbaik..alhamdulillah..byk perubahan utk anak saya..pandai solat..bacaan hafazan & al quran pon semakin baik.syukur..terima kasih semua cikgu yg mengajar..
Puan
/ Nurul Farahana bt AyubTadika yang mampu melahirkan generasi bijak al quran sekaligus memudahkan untuk belajar perkara lain
Puan
/ Noor Amy MasturahBUSINESS REVIEWS
-
tadalafil without a prescriptionAikeif [url=https://oscialipop.com]Cialis[/url] Rdbbxz prix levitra bruxelles buy cialis usa Mrlooz viagra y rivotril https://oscialipop.com - Cialis The light is focused by the lens system of the eye into an inverted image at the photosensitive retina which covers the back surface of the eye.
APC NUSA IDAMAN
KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI GENIUS QURAN