APC MUTIARA RINI
ClaimedBusiness Details
KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI GENIUS QURAN
Apa itu Al Baghdadi Playtime Centre?
Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan sebuah program prasekolah berasaskan Al-Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa. APC menerapkan 50% pembelajaran Al Quran dalam sesi pembelajaran APC dihasilkan berteraskan 2 program utama Al-Baghdadi iaitu Teknik Al-Baghdadi (Asas Bacaan Al-Quran) dan NADI Al-Baghdadi ( Hafazan Al-Quran Al-Baghdadi) Yang memenuhi 50% pembelajaran di APC. APC juga menerapkan pembelajaran Akademik seperti Teras BAHASA, Teras Kognitif dan Teras Akhlak yang menepati Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Latar Belakang Pra Sekolah APC
Pendidikan prasekola Al-Quran dan Pra Tahfiz Nadi Al-Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi Al-Quran yang mampu mempelajari Al-Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan MEMBACA, MENGHAFAZ dan MEMAHAMI ayat Al-Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan. Teknik Al-Baghdadi telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records serta terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2013.
Latar Belakang Pra Sekolah APC MUTIARA RINI
Albaghdadi Playtime Centre (APC) MUTIARA RINI terletak di Skudai, Johor. Sebuah tadika islam yang menekankan 50% pembelajaran Al quran & 50% akademik biasa. Memulakan operasi pada 2016 dengan murid seramai 51 orang. Pada 2017 bilangan murid meningkat kepada 90 orang murid & 8 orang guru. 2018 bilangan murid 110 orang & 9 orang guru dan pada tahun 2019 bilangan murid seramai 150 orang & guru seramai 15 orang. Peningkatan pada setiap tahun adalah disebabkan faktor kualiti murid yang dihasilkan memenuhi kehendak para ibu bapa yang menghantar
Kata-Kata Aluan Pengusaha/Guru Besar Pra-Sekolah
Assalamualaikum wbt. Maha Suci Allah SWT yang menciptakan anak-anak yang mempunyai sifat yang ingin tahu dan ingin bermain. Saya Puan Rosila binti Rahman tersangatlah gembira sekali kerana anda memilih untuk singgah di laman web kami ini. Kami di APC MUTIARA RINI adalah salah sebuah Tadika Al-Quran Al Baghdadi Playtime Centre yang telah beroperasi di NO. 95A & 97A,99&101 JALAN UTAMA 34, TAMAN MUTIARA RINI, 81300, JOHOR BAHRU, JOHOR. Kami mempunyai 3 orang Staff dan guru-guru yang terlatih bagi membentuk anak-anak anda menjadi seorang anak yang berakhlak mulia berteraskan tunjang Al-Quran yang kami tekankan didalam tadika ini. Alhamdulillah feedback yang diberi kepada Tadika kami ini sangat positif dan ramai ibu-bapa berpuas hati menghantar anak mereka di tadika kami.
Apa yang anak akan rasai di APC?
1. Anak APC Akan Seronok Belajar
APC menekankan proses pembelajaran seronok dengan pendekatan bermain sambil belajar secara berkumpulan.
2. Anak APC Akan Capai Fokus Yang Tinggi
Proses pembelajaran dengan guna betul-betul otak kiri dan otak kanan seperti Alat ketuk, membantu pelajar memberi tumpuan untuk jangka masa yang lama.
3. Anak APC akan Berpotensi Jadi GENIUS
Penggunaan otak kanan dan otak kiri digabung jalinkan dalam pembelajaran di APC. Sesi pembelajaran memaksimumkan kedua-dua dan kajian menunjukkan ia berpotensi melahirkan ciri2 genius anak.
4. Anak APC Belajar Modul Pembelajaran Lengkap
Modul Pembelajaran yang lengkap termasuk Al Quran, keperluan Bahasa, Kognitif dan Akhlak yang penting untuk pembangunan awal anak-anak sebelum ke sekolah.
Apa yang anak akan belajar di APC?
7 Tunjang yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan akan diterapkan di dalam APC disamping pelaksanaan Modul Al Quran yang telah disusun oleh Al Baghdadi.
1. Pandai Baca & Hafal Al Quran
Fokus kepada pembelajaran asas Al Quran dan Hafazan dengan memanfaatkan 2 kaedah utama iaitu Teknik Al Baghdadi dan Nadi Al Baghdadi.
2. Pandai Baca Bahasa Melayu, English, Jawi & Bahasa Arab
Fokus kepada Bahasa kerana ia menjadi keutamaan dalam pembangunan anak-anak dan ia merangkumi Jom Baca Rumi, Jom Baca Jawi, Let’s Read dan Hayya Naqra.
3. Pandai Kira, Bijak Sains dan jadi kreatif!
Teras kognitif meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anak-anak APC. Pengukuhan ayat-ayat Al Quran melalui subjek Jom Kaji, Jom Kira dan Jom kreatif mengaktifkan keupayaan otak kanan dan kiri mereka.
4. Anak terbentuk menjadi soleh solehah.
Teras Akhlak merangkumi Jom Amal, Jom Iman dan Jom Ibadah iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bakal mengisi rohani anak-anak APC dengan iman yang menjadi benteng akidah mereka.
- Categories:
- APC
- Type:
- Al Baghdadi Centre
- Establishment year:
- 2016
- Employees:
- 13
- Keywords:
- EXTRA INFO
Keistimewaan APC Kami
LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN APC KAMI
- Menepati Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan
- 50% waktu untuk pembelajaran Al Quran dan Hafazan
- Aktiviti Ko-Kurikulum seperti sukan, lawatan
- Guru berpengalaman dan bertauliah
- Pembelajaran secara PdPR turut disediakan
- Dibekalkan bahan Flipbook Modul APC
- Lokasi premis yang kondusif dan selesa, jauh dari bunyi bising
- Dilengkapi CCTV untuk pemantauan
- Sistem Qr Junior untuk menggalakkan kanak-kanak melakukan kebaikan
- Terdapat ruang Indoor Game bagi kanak-kanak bermain
- Makanan dan berkhasiat dan bergizi untuk pertumbuhan anak
- Kelas berhawa dingin
- Berdekatan dengan kedai runcit/kedai serbaneka
- Sokongan Buku Elektronik Flipbook
- Sokongan E-Quiz untuk membangunkan kecerdasan minda
Contact Persons
Map Location
Testimonials
saya berpuas hati dgn APC MUTIARA RINI.Nampak banyak perubahan yang positif pada anak sy (mika).Cikgu2 yg positive vibe and penyayang.Thank you again and may Allah bless you all.
Encik
/ Zharif HusseinAlhamdulillah anak saya Ilyas 5 tahun sudah menghafal beberapa surah pendek dan sudah pandai membaca suku kata dan boleh membaca. Walaupun tgh bermain kat rumah mulut dia sentiasa membaca surah pendek yang dihafalnya.Syukur alhamdulillah, semakin kurang menonton tv dan kartun,
Puan
/ Aishah bt NazirAlhamdulillah..Selesai mgu ke2 ank2 sy sekolah di tadika APC.APC tadika terbaik sy pnh jpe berdasarkan 3tahun pengalaman saya menghantar ank2 bsekolah.Tq kepada smua ticer kerana mdidik n menyanyangi ank2 saya. keikhlasan anda hanya Allah mampu byr..InshaAllah.. ��Recommended��
Puan
/ Ekin ImaniApc mutiara rini....paling terbaik!!! guru2 terbaik!!! menghasilkan pelajar2 yg terbaik!!! Jutaan terima kasih kepada guru2 yg mengajar dan bertungkus lumus utk jayakan kem 10 hari.anak2 sy happy sngt2.
Puan
/ Siti Faimah bt Abu BakarBUSINESS REVIEWS
There are no reviews at the moment
APC MUTIARA RINI
KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI GENIUS QURAN