622
  • ACC
  • ACC Pulai Mutiara (ACCPM)
Closed
https://jomalbaghdadi.edu.my/media/com_jbusinessdirectory/pictures/companies/628/acc-pulai-mutiara_1630853194.jpeg

ACC Pulai Mutiara (ACCPM)

Claimed
02, Jalan Pulai Mutiara 1/6, Taman Pulai Mutiara, 81300, Johor, Johor Bahru

Business Details

Pusat Asuhan & Jagaan berasaskan Al-Quran pilihan iba bapa muslim masa kini.

TASKA ACC AL BAGHDADI Bukan sekadar perkhidmatan asuhan & jagaan.

 

Program pendidikan asuhan bayi dan kanak2 berusia bawah 4 tahun atau 1000 hari pertama yang berteraskan Al Quran yang PERTAMA DI MALAYSIA

anugerah

  Falsafah ApeP1000

" Bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan jiwa yang suci dan bersih, ibu bapa dan pendidik wajar menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak sejak dari awal usianya kerana belajar melalui KEBIASAAN akhirnya akan menjadi satu amalan dalam kehidupannya"

1280pxbanneracc

 apa e1490281920102

Taska Al Quran Al Baghdadi merupakan Pusat Jagaan dan Asuhan yang akan melaksanakan Modul APeP1000 menggunakan pendekatan bahawa belajar adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyeronokkan dengan memberi penekanan kepada PRIMA SITUASI PEMBELAJARAN yang memberi peluang kepada anak mendapat ASAS Al Quran yang secukupnya. Fokus utama Taska  Al Quran Al Baghdadi ialah berkonsepkan pembangunan SAFA yang merujuk kepada aspek Sosio Emosi, Al Quran, Fizikal dan Akidah.

Taska Al Quran Al Baghdadi berteraskan 7 Tunjang utama pembelajaran dengan mengikut tahap perkembangan kognitif, emosi dan fizikal anak mengikut umur anak 0 hingga 12 bulan; 1 hingga 2 tahun; 2 hingga 3 tahun dan 3 hingga 4 tahun. Semoga anak yang diasuh di Taska Al Quran Al Baghdadi mempunyai emosi yang sentiasa ceria dan positif, menjadikan Al Quran sebagai bahasa harian, memiliki fizikal yang kuat dan asas akidah yang baik serta akal yang genius

b1

Amanah & Tanggungjawab 

Sabda Rasulullah

كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ

“Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah. Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Majusi, atau Nasrani.”


Kata-Kata Aluan Pengusaha/Guru Besar Pra-Sekolah


hakim1

Assalamualaikum wbt. Maha Suci Allah SWT yang menciptakan anak-anak yang mempunyai sifat yang ingin tahu dan ingin bermain. Saya Puan Farah Sazrina Binti Daud tersangatlah gembira sekali kerana anda memilih untuk singgah di laman web kami ini. Kami di Taska ACC Pulai Mutiara adalah salah sebuah Taska  Al-Quran yang telah beroperasi di No. 2, Jalan Pulai Mutiara 1/6, Taman Pulai Mutiara, 81300 Johor Bahru, Johor. Kami mempunyai 5 orang Staff dan guru-guru yang terlatih bagi membentuk anak-anak anda menjadi seorang anak yang berakhlak mulia berteraskan 7 tunjang Al-Quran yang kami tekankan didalam taska ini. Alhamdulillah feedback yang diberi kepada TASKA  kami ini sangat positif dan ramai ibu-bapa berpuas hati menghantar anak mereka di TASKA  kami.


Istimewa 300x79c

 90% Kurikulum AL Quran 

KURIKULUM TASKA AL BAGHDADI

THUMB  PENDEKATAN belajar yang gembira dan seronok bagi anak kecil.
THUMB  Penekanan kepada SITUASI PRIMA
THUMB  Pembelajaran yang memberi peluang kepada anak mendapat bahasa AL QURAN dan pembentukan AKIDAH yang jelas.
THUMB  Modul PEMBELAJARAN Al Quran berdasarkan kepada TAHAP perkembangan positif,emosi dan fizikal anak mengikut tahap usia (0-12 bulan), (1-2 tahun), (2-3 tahun) dan (3 -4 tahun)

7 Prinsip Taska Al Quran Al Baghdadi

Pertama
Setiap anak yang lahir telah memiliki POTENSI tersedia untuk cemerlang dunia dan akhirat

Kedua
Bermula 4 bulan dalam rahim ibu hingga 3 tahun pertama adalah TEMPOH PRIMA pembelajaran yang paling kritikal untuk pembinaan asas intelek, sahsiah dan kecintaan Al Quran

Ketiga
BAHASA ialah suatu yang asing kepada setiap anak semasa dilahirkan sepertimana Al Quran. Oleh itu, Al Quran boleh menjadi sebahagian bahasa anak sekiranya Al Quran didengarkan dan diajar pada usia yang sangat awal.

Keempat
Pembangunan setiap anak boleh direalisasikan sekiranya IBU BAPA dan PRAKTISIONER berusaha memberikan stimulasi dan program pengasasan awal sejak anak dalam kandungan secara berterusan dengan keutamaan diberikan kepada usia anak 3 tahun pertama

Kelima
Ibu bapa dan PRAKTISIONER perlu memiliki pengetahuan dan KEMAHIRAN bagi menyempurnakan fungsi dan tanggungjawab sebagai pendidik utama dan pertama

Keenam
Anak disediakan dan didedahkan dengan persekitaran dan SITUASI pembelajaran yang kondusif, ceria, kemas, bersih dan selamat

Ketujuh
Apabila konsep SAFA dan pendidikan awal Al Quran diamalkan oleh sebahagian besar keluarga-keluarga sehingga ia menjadi KEBIASAAN maka akan lahirlah generasi genius Al Quran


KONSEP SAFA

ACC safa


 7 TUNJANG 

ACC Tunjang


modulacc

 baby220px

  

120pxpakej012 120pxpakej12 120pxpakej23 120pxpakej34
Klik Klik Klik Klik

 

Copy of Children Education Online Registration Instagram Post

 

KLIKSINI

Categories:
ACC
Type:
Al Baghdadi Centre
Establishment year:
2018
Employees:
3
Keywords:
Opening hours
GMT +08:00
Monday
07:30 AM - 05:30 PM
Tuesday
07:30 AM - 05:30 PM
Wednesday
07:30 AM - 05:30 PM
Thursday
07:30 AM - 05:30 PM
Friday
Closed
Saturday
Closed
Sunday
07:30 AM - 05:30 PM
company map
02, Jalan Pulai Mutiara 1/6, Taman Pulai Mutiara, 81300, Johor, Johor Bahru

Contact Persons

Admin Dept.
Hj Mohd Nasruddin Bin Hj Md Kisom (+)
Quote

Product certifications


Memberships

Map Location

BUSINESS REVIEWS

0 Review

0.0 average based on 0 Reviews


5 Star
0
4 Star
0
3 Star
0
2 Star
0
1 Star
0

There are no reviews at the moment

Write a review


*Please Note: In order to verify the legitimacy of any reviews we publish, we require evidence of your contract with this business. Any proof of purchase documents you upload will be for the purposes of verifying this review, and will not be published on our website

Add Files..

I confirm that the information submitted here is true and accurate. I confirm that I do not work for, am not in competition with and am not related to this service provider.
By continuing, I agree with the Terms & Conditions.

logojomwhite

Portal Jom Al Baghdadi ialah sebuah laman web direktori senarai centre pembelajaran Al Quran Al Baghdadi di seluruh Malaysia

Senarai direktori ini ialah senarai centre yang masih aktif.

newzam

Kelas Mengaji Online