Seramai 15 orang pelajar dewasa dan 20 orang pelajar kanak-kanak melakukan solat isyak dan tarawih bersama-sama sebelum bermulanya kelas di waktu malam. Pelajar kanak-kanak juga sangat memberi kerjasama semasa solat dilakukan.Apabila solat sudah selesai,pelajar dewasa bersalam bersama pelajar kanak-kanak dan bersama-sama mengemas ruang solat dan melipat sejadah.Setelah kelas sudah berakhir,semua pelajar diberikan makanan untuk moreh dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah.

'Melentur Buloh Biar Dari Rebung'..itulah pepatah melayu yang sering kita dengar. APC Waqaf Che Yeh telah mengambil peluang mengajak murid-murid APC untuk bergotong royong di Masjid Tahfiz yang berhampiran.

APC Keningau Sabah bukanlah satu-satunya APC yang ada di negeri Sabah, namun kewujudan APC di kawasan ini dapat memberi peluang lebih ramai kanak-kanak belajar asas AL Quran di awal usia dengan menggunakan Teknik Al Baghdadi dan juga Teknik Hafazan Nadi Al Baghdadi. Uniknya tidak seperti tadika-tadika lain, APC menganjurkan program cuti sekolah tatkala kanak-kanak di tadika lain sedang bercuti bersama keluarga. Usaha ini harus dicontohi oleh tadika-tadika APC lain kerana ianya dapat memupuk dari usia kecil untuk menghargai masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah

Acara sukan merupakan aktiviti yang paling disukai oleh kanak-kanak. Baru-baru ini APC Bangi Avenue dengan beberapa buah APC lagi telah bergabung menganjurkan Sukan Tahunan APC 2019. APC-APC yang terlibat termasuk APC Beranang, APC Jenderam, APC Sg Tangkas, APC Seksyen 4 Bangi, APC Southville dan Taska ACC Putrajaya.Sukan initelah diadakan pada 16 Mac lalu.

 

Tags: , ,
Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page