APC Keningau Anjur Program Cuti Sekolah

APC Keningau Sabah bukanlah satu-satunya APC yang ada di negeri Sabah, namun kewujudan APC di kawasan ini dapat memberi peluang lebih ramai kanak-kanak belajar asas AL Quran di awal usia dengan menggunakan Teknik Al Baghdadi dan juga Teknik Hafazan Nadi Al Baghdadi. Uniknya tidak seperti tadika-tadika lain, APC menganjurkan program cuti sekolah tatkala kanak-kanak di tadika lain sedang bercuti bersama keluarga. Usaha ini harus dicontohi oleh tadika-tadika APC lain kerana ianya dapat memupuk dari usia kecil untuk menghargai masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah