SI CILIK CERDIK HAJI

shc2shc2shc2

 

JOHOR BAHRU , 1 OGOS 2019 : Musim haji kian terasa setelah masuknya bulan Zulhijjah , tidak terlepas peluang juga anak-anak dari cawangan APC Kangkar Pulai telah menyertai SIMULASI HAJI CILIK (SHC) 2019 anjuran PERTIM JOHOR . Seramai 51 orang murid yang terlibat daripada APC KANGKAR PULAI . Sebagaimana kita maklum tujuan SHC ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan awal kepada anak anak mengenai haji seperti dalam Rukun Islam kelima itu . 

Alhamdulillah , anak-anak dapat merasai sendiri secara praktikal bagaimana melaksanakan rukun-rukun haji tersebut. Bermula dengan Niat Ihram dan diakhiri dengan Simulasi Korban . tahniah diucapkan buat teachers yang membimbing anak-anak dalam melaksanakan rukun haji mereka . Tak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih kepada PERTIM JOHOR kerana sekali lagi mengizinkan kami menyertai SIMULASI HAJI CILIK bagi tahun ini . Kepada ibu dan ayah anak-anak juga terima kasih diucapkan kerana memberi sokongan yang padu buat anak-anak terutama dengan memberi keizinan anak-anak menyertai SHC ini.

 

simulasihajicilik2019

pertimjohor

jomkealbaghdadi

generasialquranmasaakandatang

pendafataran2020kinidibuka

apckpmumtaz