Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya dan Pemberian Duit Raya pada anak2 soleh dan solehah di APC Mahkota Hills. Keceriaan dan kegembiraan tergambar di wajah mereka. Terima kasih pada parent dan tecer yang sudi menyumbang makanan dan kuih raya untuk dimakan bersama2. Kegembiraan anak2 ini membawa satu rahmat utk kami di APC Mahkota HIlls.

APC Mahkota Hills tengah mengadakan promosi sempenan kemasukkan pelajar Intake Julai 2019. Pelbagai hadiah menarik untuk parent dan anak2 yg belajar bersama kami.

📲 Berminat boleh wasap :wasap.my/60129743925/intake+julai2019

WhatsApp Image 2019 06 14 at 2.44.31 PMWhatsApp Image 2019 06 14 at 2.44.31 PMWhatsApp Image 2019 06 14 at 2.44.31 PM

Pada 14 haribulan Jun yang lepas , APC Bandar Baru Banting telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri . Semua Pelajar APC terlibat. Pakaian yang dikenakan oleh murid-murid tesebut pada hari tersebut sangat meriah. Pelajar menggayakan pelbagai bagai fesyen baju terkini dan sangat sangat teruja untuk menyambut Hari Raya bersama kawan kawan.Terdapat pelbagai jenis makanan yang dibawa dari murid murid untuk dikongsi bersama sama (potluck). Antaranya ialah laksam , sate , kuih muih , dadih , kek dan macam-macam lagi !.  Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan ialah :

  1. Takbir Raya beramai-ramai.
  2. Sesi bermaafan beramai-ramai
  3. Sesi Bergambar 
  4. Penyerahan duit raya pada anak-anak oleh Pn Hajah Zainab binti Pangat
  5. Jamuan makan

APC Putatan merupakan salah sebuah APC yang berada di negeri Sabah. Seperti tadika-tadika APC yang lain, APC Putatan sentiasa berusaha untuk mendidik anak-anak menjadi Geius Al Quran di masa hadapan.20914603 478746045817898 8562725188848992045 nAPC PUTATAN MELAHIRKAN GENERASI YANG GENIUS ALQURAN

Pada hari Khamis 18 April 2019 , APC Bandar Baru Banting bersama-sama APC Cempaka Sari Banting telah mengadakan program "Little Musolah" dan mengadakan lawatan ke Masjid At-Taqwaa, Banting. Program tersebut disertai seramai lebih kurang 55 orang pelajar diikuti bersama 4 orang guru pengiring dengan menaiki bas . Mereka sangat teruja sejurus sampai ke Masjid. Kami disambut meriah oleh ajk ajk masjid disana. Si cilik juga telah menyediakan sejumlah wang untuk didermakan pada tabung masjid. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan dimasjid antaranya ialah , solat dhuha bersama-sama , sesi infak barangan dan duit pada pihak masjid, sesi memasukkan derma ke dalam tabung masjid, sesi pengenalan masjid , cara mengambil wuduk dengan betul,  mengenali tempat-tempat di dalam masjid dan banyak lagi, ! masjid