Berita Al Baghdadi HQ

Kumpulan Al Baghdadi, Akademi Al Baghdadi, Yayasan Al Baghdadi, Al Baghdadi Method dan Green Pages Community mengucapkan "Selamat Hari Pekerja" kepada semua pekerja-pekerja terutama yang bekerja di semua Pusat Pembelajaran Al Quran Al Baghdadi di seluruh dunia. Tema sambutan Hari Pekerja tahun ini ialah "Pekerja Amanah, Aspirasi Negara"

Bulan Ramadhan tidak lama lagi menjelang tiba. Mari merancang Ramadhan kita dengan belajar dan mentadabbur Al Quran.Dengarkan Radio IKIM petang ini bersama 3 orang panel di gelombang 91.5 (lembah klang) atau secara online .

Berikutan satu posting di Media Sosial FB yang mengaitkan Al Baghdadi dengan ISIS atau Abu Bakar Al Baghdadi, Cik Fara, Senior Manager, Kumpulan Al Baghdadi telah membuat satu Laporan Polis bagi menyatakan Al Baghdadi tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak seperti yang di nyatakan.

Semalam telah viral penafian yang dibuat oleh salah seorang Adun Sarawak yang disiarkan oleh Sarawak Tribune <Klik Di Sini> yang sangat kesal dengan perbuatan netizen yang suka membuat kenyataan tanpa soalselidik. Namun netizen tersebut telah memadam posting berkenaan. Walaupun begitu, Al Baghdadi Group sebagai pemilik jenama Al Baghdadi di Malaysia, telah membuat laporan polis atas nasihat peguam.

Al Baghdadi merupakan satu Teknik Pembelajaran Al Quran yang efektif, terbukti Berkesan dan sistematik dalam membantu meningkatkan tahap Bacaan Al Quran di Malaysia.Al Baghdadi mula ditubuhkan pada tahun 2009 di Malaysia dan sehingga kini mempunyai hampir 2000 Cawangan di seluruh Malaysia.

Pelbagai tawaran hebat  menanti pengunjung yang mengunjungi booth Al Baghdadi (L038) di Ruang Legar Bangunan PWTC bermula hari ini sehingga 7 April minggu hadapan. Meskipun Al Baghdadi yang terkenal dengan program asas Al Quran dan Hafazan di Centre-centre Al Baghdadi, orang awam juga boleh membeli pelbagai produk yang ditawarkan di booth Al Baghdadi. Jom datang beramai-ramai

Seramai 20 Orang Guru Al Quran Al Baghdadi Telah Menerima Sijil Sanad Masing-masing dalam satu majlis Khatam Al Quran 30 Juzuk bersama Sheikh Hasan Rejab (MESIR) . Sheikh berada di Malaysia atas jemputan Akademi Al Baghdadi bagi memberikan Sijil Sanad melalui program Talaqqi Al Quran Bersanad. Akademi akan meneruskan program persijilan ini bagi memastikan semua guru-guru di Rangkaian Al Baghdadi di seluruh Malaysia. 

 

Tags: , ,