Kata Aluan

Pengarah Program Stimulasi Ibu Hamil Al Baghdadi APeP 1344

Ketukan Teknik Al-Baghdadi menepati citarasa Ritma degupan jantung ibu hamil dalam keadaan tenang. Ini membuatkan teknik Al-Baghdadi akan membantu para ibu untuk memberi rangsangan dan stimulasi pada bayi di dalam kandungan. Program APeP 1344 adalah yang pertama seumpamanya dan pertama di dunia. Moga Allah mempermudahkan perkembangan APeP 1344 ini ke seluruh dunia. InsyaAllah.

Ustaz Azri Jemani, Pengarah APeP 1344


Apa Kata Peserta?

Program Stimulasi Ibu Hamil Al Baghdadi APeP 1344


Kepentingan Stimulasi Janin?

Program Stimulasi Ibu Hamil Al Baghdadi APeP 1344

Bersama Melaksanakan Stimulasi Ibu Hamil Bagi Melahirkan Genius Al Quran


Perkembangan Otak Dalam Kandungan


Long Term Potentiation (LTP) o Pembelajaran Kekal


Tahap kematangan otak dan sistem saraf janin berlaku dengan amat pesat. Otak janin mencapai 25% kematangan semasa dilahirkan.
Amat kritikal menggunakan peluang yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk memanfaatkan tumbesaran dan pembangunan otak semasa rahim ibu.


Kajian menunjukkan apa sahaja yang DIPELAJARI dan DIALAMI oleh anak semasa didalam rahim ibunya dan sepanjang usia 3 Tahun Pertama akan menjadi pembelajaran dan pengalaman kekal. Pengalaman SOSIO EMOSI menjadi asas kepada perwatakan dan keperibadiannya apabila dewasa.
Al Baghdadi menghasilkan Program APeP1344 untuk memanfaatkan potensi, ruang dan peluang membangun dan membina asas intelek, perwatakan, karakter dan keperibadian anak sejak dalam kandungan lagi.


Apa Itu Stimulasi Janin?

Program Stimulasi Ibu Hamil Al Baghdadi APeP 1344

Bersama Melaksanakan Stimulasi Ibu Hamil Bagi Melahirkan Genius Al Quran

Stimulasi Janin

Ia adalah diterima secara meluas bahawa keupayaan pembelajaran manusia bermula sejak dalam kandungan lagi.
Stimulasi janin adalah satu bentuk rangsangan persekitaran luaran atau dalaman.

Pendidik, saintis dan pakar perubatan juga mengakui betapa pentingnya persekitaran pranatal yang sihat,
tenang dan baik kerana ia akan memberi kesan kepada pembangunan jangka panjang dan keupayaan pembelajaran kanak-kanak.


Stimulasi Al Quran Teknik Al Baghdadi

Saranan membaca Al-Quran semasa kehamilan telah dibuat oleh para Ulama sejak dahulu lagi.
Kelebihan ulama terdahulu dalam menghafal Al-Quran seawal usia 6 tahun menyuntik sernangat APeP untuk menghasilkan
dan menjayakan Program Stimulasi APeP1344 secara sistematik dengan menetapkan jumlah stimulasi, kekerapan dan tempoh stimulasi tertentu.

Alat Ketuk

Tamhid Stimulasi

Alat Ketuk Al Baghdadi bertujuan untuk mewujudkan disiplin stimulasi kepada janin mengikut ritma-ritma tertentu yang sesuai dengan tempoh kandungan.

Buku Tamhid stirnulasi memuatkan keseluruhan bunyi-bunyi asas Al Quran yang membantu Ibu hamil memberi stimulasi yang tersusun kepada bayi dalam kandungan.

Gabungan 3 elemen utama di bawah akan membentuk satu stimulasi Al Quran yang dapat merangsang otak janin yang sedang berkembangan dengan pesat dalam tempoh pranatal.


Keistimewaan APeP 1344?

Program Stimulasi Ibu Hamil Al Baghdadi APeP 1344

Bersama Melaksanakan Stimulasi Ibu Hamil Bagi Melahirkan Genius Al Quran

Memenuhi keperluan pendidikan Prenatal. Memberi ransangan dari segi bunyi untuk ransangan auditori.
Stimulasi berasaskan bunyi asas Al-Quran. Anak didalam kandungan diperkenalkan dengan bunyi-bunyian asas Al Quran sejak didalam kandungan lagi. Pendidikan Al-Quran yang terawal.
Berteraskan 5 prinsip Stimulasi APeP 1344 dan Kurikulum APeP 1344 Teknik Al-Baghdadi
Pendidikan, Inovatif,Kreatif Dan Seronok
parallax background

Artikel Terkini



March 20, 2017

ANDA SUDAH BERKAHWIN?

Tidakkah anda berimpian untuk mempunyai anak yang genius? Allah mengurniakan zuriat sebagai amanah untuk dididik. Alangkah indahnya jika anak itu mendapat didikan seawal usia 12 minggu […]
March 19, 2017

ADAKAH ANDA SEDANG HAMIL LAGI?

Anda mempunyai anak yang kurang cergas setelah dilahirkan dan mempunyai emosi yang tidak menentu? Tahukah anda bahawa anak-anak sebenarnya boleh menerima didikan sejak usia 12 minggu […]
March 19, 2017

ESKPO PENDIDIKAN AL QURAN DAN HARI ANUGERAH TAHUNAN AL BAGHDADI 2016 (EXPAND 2016)

ESKPO PENDIDIKAN AL QURAN DAN HARI ANUGERAH TAHUNAN AL BAGHDADI 2016 (EXPAND 2016) Perhimpunan Tahunan Rangkaian Al Baghdadi akan diadakan setiap tahun bagi meraikan Pencapaian Rangkaian […]

Ke Arah Melahirkan Generasi Genius Al Quran